Friday, 10 July 2015
Murka Allah bukti Cinta
Assalamualaikum! Salam 10 malam terakhir Ramadan!
Bismillah
Actually harini Iolss nak cerita kat uolls semua tentang satu topik. Tak tahu lah korang minat ke tak, just nak share dan 'bukak' mata korang yang sepet-sepet tu bagi bulat lebih sikit hehehe...Ok la kita straight to the point.
Benda ni biasa kan?
Bila kita dengar raja kata "Beta MURKA!" kita dapat translate kan yang raja tu sedang marah. Bila kita dengar member kita yang cute kata "Aku PANAS betul ah dengan Senah tu!" kita dah tahu dah member kita tengah sentap dan marah. Tapi bila kita dengar Allah tentang kemurkaan Allah, jangan kita nilai bahawa Allah marah dan benci kita tau.*tetiba aku dengar ada org tanya soalan 'kenapa?' dekat aku. Fuhh serrram nih!* Ok, korang tanya kenapa dan sebab apa? Mesti rasa tertanya-tanya kan? Nak tahu jawapannya, baca ah entri ni sampai habis noh! Ceh promote jap Xx
Haa sebab apa aku kata kemurkaan Allah tak sama dengan kemurkaan manusia. Macam ni cerita dia.
Firstly, korang sedar tak korang tu siapa? Korang ialah manusia kot. Makhluk paling mulia kat dunia ni lebih daripada malaikat. GILA! Haa, sebab tu Allah sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaang! Allah takkan benci kita sebab Dia lah pencipta kita. Allah cipta kita dengan punya rasa bangga tau? Gila lah kan? Manusia ni bapak hina tapi hakikatnya kita ni MULIA :) Uishhh aiseh! Cuma,jangan bangga sangat sampai kembang pecah seluar. Manusia hidup ni ada tujuan dan matlamat. Semua tahu kan, Allah ciptakan jin dan manusia itu untuk menyembahNya. Bila kita tak sembah, Allah akan murka! Bahayanya bila Allah murka pada kita.So, untuk elakkan kemurkaan Allah, jangan buat benda yang Allah dah warning awal-awal iaitu dosa. Sebab apa? Sebab bila kita buat dosa, hakikat sebenarnya kita menzalimi diri kita sendiri. Bayangkan Dia dah ciptakan kita, declare kita sebagai sebaik-baik makhluk tapi tup tup kita menzalimi diri kita sendiri. Mestilah Allah murka. Kalau seorang ibu pun, pasti akan kecewa bila lihat anak dia yang selama ni dia sayang, sangat-sangat sayang tetiba anak dia hisap rokok. Pehh pedih tu. Ibu pasti akan marahkan anak dia yang hisap rokok sebab dia tahu rokok tu membahayakan kesihatan anak kesayangan dia.Walaupun kalau anak dia hisap rokok dengan istiqomahnya, si ibu takkan rugi apa-apa! Macam tu juga dengan Allah. Allah suruh kita solat tapi kita tak solat. Allah tak rugi apa-apa pun. Hakikat sebenarnya kita yang rugi,kita yang zalim dengan diri sendiri sebab dengan free free je kita berjalan menuju kearah kemurkaan Allah.Padahal Allah dah kata jangan. Ibaratnya kita sengaja cari pasal nak menjahanamkan diri kita sendiri.
Kesimpulannya, Allah sangat sangat sayangkan kita wahai manusia manusia sekalian!Dia tak nak kita rosakkan diri kita sendiri. Bersyukur lah sikit syeikh... Belajar lah untuk bersyukur sebab kita ni bukan binatang atau pun daripada keturunan jin. Ha...sekarang antum semua ada faham? Jom ah sama-sama kita manfaatkan peluang yang Allah dah bagi ni. Kerana apa? 'Kerana dirimu begitu berharga' ecewah.. macam kenal je kan?
p/s: Pendek je kongsian kali ni sebab mata gila bapak berat.sorry okayh!
Sekian.
MogaAllahReda
-allissyahida-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment