Assalamualaikum
Selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua warga Malaysia!
Haihhhhh penatnya harini pergi sambut merdeka tengok bunga api semua.. hmmm tapi takpe yang penting semangat kemerdekaan tu ade hoho :p
Ha amacam korang pulak? Sambut merdeka macam mana???
Ramai jenis manusia sebenarnya yang boleh kita jumpa. Different people celebrate #MerdekaDay in so many different ways,right? Ade yang semangat patriotisme dalam diri tinggi sangat contohnya pasang bendera M'sia kat setiap penjuru rumah.Fuh, hebat tu bang. Caya ah
Tapi kebanyakannya yang sambut merdeka dengan betul-betul punya semangat merdeka dalam diri ni ialah orang-orang lama bukan orang muda. In fact,tak semua pemuda ah. Mungkin sebab mereka menghayati makna kemerdekaan lebih daripada kita sebab diorang tahu betapa susahnya nak capai kemerdekaan tu. Tak macam kita, lahir keluar dari perut si ibu dekat hospital swasta grand punya. Hidup semua benda dapat, negara aman makmur. Hm.. alhamdulillah.
Tapi wahai pemuda pemudi harapan bangsa yang dirahmati Allah sekalian! (feel terlebih hehe) jangan lah leka sangat. Sedar sikit yang tanggungjawab kita pada negara ni lebih besar dan mencabar tau. Kita bertanggungjawab untuk mengekalkan nikmat keamanan ni. Kalau bukan kita siapa lagi kan?
Tapi bila kita pasang mata perhatikan diri kita dan pemuda yang lain, kita macam dah merelakan negara kita dijajah kembali. Why? Kita tak semangat langsung nak sambut merdeka. Lebih ramai kat luar sana yang lebih prefer buat benda lain daripada duduk dataran sambut merdeka contoh gi tengok wayang. Yes tak salah and absolutely not bebeh. Tapi takkan lah sampai takleh sambut merdeka kan? Kita lebih seronok dengan segala apps dari nun barat sana. Kalau korang nak tau ataupun terlupa yang sebenarnya barat-barat ni lah yang jajah kita. And now korang mengagungkan dia...ah guys pleaselah
Kita sambut merdeka pun setahun sekali what apa salahnya luangkan masa dengan program or benda-benda bersejarah ni. Kalau nak tengok wayang bila-bila pun boleh tengok kn? Resis. Ha ni lagi satu hal. Sekarang ni ramai yang resis melayu india cina kadazan iban bangla..eh bangla tak termasuk. Come on lah kita kan Malaysian. Takyah ah resis resis. Lets together make the whole world wonders how we can still live in a country which contained multiraces. Malaysia akan hebat kalau kita semua bersatu. Ha barulah suit dengan tema tahun ni #SehatiSejiwa gitu...Lagipun kita semua ni manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain kan. Yang beragama Islam pulak, memang disuruh untuk buat baik dengan sesiapa sahaja lagi-lagi lah non-muslim barulah diorang tertarik dengan agama kita. #BeSmart ok
So,kesimpulannya disini, merdeka lah dari segala perkara negatif ok sayang.
#Malaysia #SehatiSejiwa #1Malaysia
P/S : Doakan jugak semoga 31.08.57 ni adalah tarikh yang pertama dan terakhir untuk negara kita merdeka.
Sekian
#mogaAllahreda
#spreadpositivesvibes
-allissyahida-