Bismillah
Assalamualaikum guys!
Manusia yang aku tahu dan actually semua tahu yang manusia terdiri daripada Lelaki&Perempuan. Yang lelaki mesti kawan dengan lelaki, yang perempuan mesti kawan dengan perempuan. Tu normal ah. Tapi memang fitrah semulajadinya Allah menciptakan lelaki itu untuk perempuan dan perempuan itu untuk lelaki. Korang cuba fikir selama ni siapa yang melahirkan dan membesarkan kita? Sudah semestinya ibu ayah yang melahirkan dan membesarkan kita. Dengan seorang perempuan dan seorang lelaki, terlahirlah kita didunia ini (Alhamdulillah)
Ok sebenarnya aku nak cerita kat korang betapa manisnya apabila kita berukhwah sesama jantina walaupun berlainan ibu dan ayah. Namun kini 'zaman dah berubah, dunia dah maju' gitu. Kalau perasan sekarang kita sering mengutamakan ukhwah (nam) dengan berlainan jantina.Ukhwah la sangat. Guys, ni bukan ukhwah beb. Ni namanya GATAL. Ingat tak masa kita mula-mula masuk kelas kita cari tempat duduk mesti sebelah dengan sejantina dengan kita. Pastu pergi rehat kat kantin mesti dengan kawan sejantina kita. Masa kita sakit perut nak pergi tandas tapi takut,kita mintak tolong kawan sejantina kita temankan. Tapi,bila dah besar korang boleh pulak utamakan ajnabi daripada kawan sejantina korang yang selama ni ada setiap masa dengan korang. Hek eleh, kerek gila! Pastu bila nampak someone tu tak sosial dengan ajnabi sebab jaga batas kita label sebagai kuno. Kahkah kuno pala hang.
Typical Malaysian Nowadays
-La ni yang lagi pelik bila kita nampak someone tu bila jumpa kawan sejantina je peluk cium (pipi) cakap 'i love you, you love me', pegang2 tangan je kita label mereka sebagai SONGSANG. Bapak gerun! Ok, memangla tercipatanya Hawa itu untuk Adam, tapi terciptanya manusia lelaki dan perempuan berlambak kat dunia ni untuk kita berukhwah sesama jantina
Sebagai contoh, aku ni aspuri hidup dekat blok,dorm yang hanya perempuan takde lelaki (sudah semestinya lah, kan? ceh) Hidup je sampai sekarang takde pulak aku koma ke strok ke apa. Apa yang aku belajar ialah untuk berkasih sayang dengan aspuri yang lain. Fuhhhh..........serius best tak tipu! Takyah pikir dosa bila pegang tangan ke apa. Korang kata diorang songsang bila korang nampak diorang peluk cium (pipi) cakap 'i love you, you love me', pegang2 tangan sedangkan itu sunnah nabi woi! So please jaga mulut kita apabila berkata-kata. Jangan cakap sembarangan! Habistu bila korang nampak ajnabi peluk cium (pipi) cakap 'i love you, you love me', pegang2 tangan tu sweet. Apakah? Allah tak reda ok
Guys, please lah lepas ni buka minda korang luas luas. Ok, korang tengok eh persahabatan yang terjalin antara Nabi S.A.W dengan Saidina Abu Bakar. Friendship diorang bapak sweet gila bapak. Saidina Abu Bakar selalu ada ketika nabi susah dan senang. Mereka berdua LELAKI sama JANTINA. Masa perang Uhud, para sahabat sanggup merelakan tubuh mereka tercedera semata-mata nak melindungi nabi. Hatta, ada yang syahid. Diorang LELAKI dan sama JANTINA. Sweeeeeeeeeeeeet gila kalau nak dibandingkan dengan 'ukhwah' korang dengan ajnabi. Boleh jadi kalau kau mati pun diorang takkan rasa apa apa. Tak kesah langsung ibarat 'kau pnya pasal ah nak mati ke tak. Lantak!' So, apa lagi alasan korang lepas ni?
Hargai lah kawan korang. Jangan lah sbb ajnabi, ukhwah yang terjalin MATI macam tu je. Macam petik jari. Ingat, sahabat tu mampu membimbing kita ke syurga bersama. Lets grab the chance!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sekian
#mogaAllahreda
-allissyahida-
Saturday, 27 June 2015
Friday, 26 June 2015
Cuba Try Test
Bismillah
Assalamualaikum semua! Moga sentiasa dibawah perlindungan Allah :)
Dah lama sebenarnya saya terdetik nak buat blog sendiri tapi baru sekarang hajat tercapai.ceh poyo gila.
First of all saya nak cerita tentang cuba atau try atau test yang sebenarnya membawa maksud yang sama.
Orang kata "selagi kita tak cuba kita takkan tahu jawapannya"
Ramai di antara kita sebenarnya selalu gila terdetik untuk berubah lagi lagi kalau kita baru je dengar majlis ilmu seperti ceramah agama dan sebagainya tapi tersepit untuk berubah sebab rasa berat nak tinggalkan dosa yang sering dia lakukan sebelum ini. Rileks semua brader sister,jangan gelabah ok? Orang tua tua kata tak cute gitu (bila masa pulak orang tua cakap macam ni) haha gurau.
Allah tu Maha Penyayang guys. Dia tahu kita manusia yang sangat lemah thats why dia bagi kita hidayah untuk berubah. Baiknya Allah!-Alhamdulillah- So,sekarang ni kita pulak kena tunjuk sayang kita pada Allah baru la sweet hehek! Kita memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini dan tindakan sewajarnya mestilah bermula dengan kita CUBA menjauhinya.
CUBA TINGGALKANNYA (dosa) PERLAHAN LAHAN
-Kita manusia biasa yang sungguh tak perfect. Allah je yang perfect, ingat tu! Allah lah tuhan yang menciptakan kita so of course for sure Dia tahu segala kekurangan hamba-Nya. Manusia memang tak mampu untuk berubah sekaligus. Sebagai contohnya:
-Ali seorang pencuri dan mempunyai pengalaman merompak tanpa tertangkap walaupun sekali selama hampjr berbelas tahun. Pada suatu hari Jumaat ketika muslimin yang lain sibuk berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat, Ali tergerak hati untuk ke masjid juga namun niatnya untuk MENCURI! Ali sedar takde sorang manusia pun akan lihat setiap perlakuannya. Sedang asyik sibuk merencana idea bernas untuk mencuri tetiba khatib membacakan khutbah tentang balasan orang yang mencuri. Ali berasa sangat gerun dan tetiba cuak dan akhirnya Ali tak jadi mencuri.
Setelah itu Ali berasa sangat insaf dan bertekad untuk berubah. Dia kemudiannya mula berhenti untuk mencuri. Setelah beberapa hari tidak mencuri,Ali pun berasa susah hati kerana dia tidak mempunyai pekerjaan untuk menampung kehidupannya. Sungguhpun begitu, Ali tetap tekad untuk tidak mahu mencuri kerana sungguh cuak dengan azab Allah. Ali mula berubah dan mencari rezeki yang halal.Walaupun hidupnya susah namun Ali yakin tindakannya mencari rezeki yang halal itu diredai Allah. Hidup Ali mula berubah. Kini, Ali bukan lagi seorang pencuri dan dia akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. yeay happy ending!
Ha, nampak tak? Ali ni dia cuba untuk tinggalkan dosa dia secara perlahan-lahan. Walaupun hidup dia selepas stop mencuri tu agak susah tapi dia dah cuba dan tekad untuk berubah! Allah bagi dia hidayah dan Allah balas dengan menjadikan Ali seorang usahawan yang berjaya disebabkan kesungguhan Ali dalam meninggalkan dosanya. Yang penting, tugas kita adalah CUBA. Cuba lah sehabis baik yang mungkin.Berkorban lah sikit guys. Tak rugi pun!
-Pesanan untuk diri sendiri juga sebab saya sendiri masih banyak dosa yang melekat dalam hati. Allahu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sekian

Subscribe to:
Posts (Atom)