Bismillah
Assalamualaikum semua! Moga sentiasa dibawah perlindungan Allah :)
Dah lama sebenarnya saya terdetik nak buat blog sendiri tapi baru sekarang hajat tercapai.ceh poyo gila.
First of all saya nak cerita tentang cuba atau try atau test yang sebenarnya membawa maksud yang sama.
Orang kata "selagi kita tak cuba kita takkan tahu jawapannya"
Ramai di antara kita sebenarnya selalu gila terdetik untuk berubah lagi lagi kalau kita baru je dengar majlis ilmu seperti ceramah agama dan sebagainya tapi tersepit untuk berubah sebab rasa berat nak tinggalkan dosa yang sering dia lakukan sebelum ini. Rileks semua brader sister,jangan gelabah ok? Orang tua tua kata tak cute gitu (bila masa pulak orang tua cakap macam ni) haha gurau.
Allah tu Maha Penyayang guys. Dia tahu kita manusia yang sangat lemah thats why dia bagi kita hidayah untuk berubah. Baiknya Allah!-Alhamdulillah- So,sekarang ni kita pulak kena tunjuk sayang kita pada Allah baru la sweet hehek! Kita memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini dan tindakan sewajarnya mestilah bermula dengan kita CUBA menjauhinya.
CUBA TINGGALKANNYA (dosa) PERLAHAN LAHAN
-Kita manusia biasa yang sungguh tak perfect. Allah je yang perfect, ingat tu! Allah lah tuhan yang menciptakan kita so of course for sure Dia tahu segala kekurangan hamba-Nya. Manusia memang tak mampu untuk berubah sekaligus. Sebagai contohnya:
-Ali seorang pencuri dan mempunyai pengalaman merompak tanpa tertangkap walaupun sekali selama hampjr berbelas tahun. Pada suatu hari Jumaat ketika muslimin yang lain sibuk berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat, Ali tergerak hati untuk ke masjid juga namun niatnya untuk MENCURI! Ali sedar takde sorang manusia pun akan lihat setiap perlakuannya. Sedang asyik sibuk merencana idea bernas untuk mencuri tetiba khatib membacakan khutbah tentang balasan orang yang mencuri. Ali berasa sangat gerun dan tetiba cuak dan akhirnya Ali tak jadi mencuri.
Setelah itu Ali berasa sangat insaf dan bertekad untuk berubah. Dia kemudiannya mula berhenti untuk mencuri. Setelah beberapa hari tidak mencuri,Ali pun berasa susah hati kerana dia tidak mempunyai pekerjaan untuk menampung kehidupannya. Sungguhpun begitu, Ali tetap tekad untuk tidak mahu mencuri kerana sungguh cuak dengan azab Allah. Ali mula berubah dan mencari rezeki yang halal.Walaupun hidupnya susah namun Ali yakin tindakannya mencari rezeki yang halal itu diredai Allah. Hidup Ali mula berubah. Kini, Ali bukan lagi seorang pencuri dan dia akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya. yeay happy ending!
Ha, nampak tak? Ali ni dia cuba untuk tinggalkan dosa dia secara perlahan-lahan. Walaupun hidup dia selepas stop mencuri tu agak susah tapi dia dah cuba dan tekad untuk berubah! Allah bagi dia hidayah dan Allah balas dengan menjadikan Ali seorang usahawan yang berjaya disebabkan kesungguhan Ali dalam meninggalkan dosanya. Yang penting, tugas kita adalah CUBA. Cuba lah sehabis baik yang mungkin.Berkorban lah sikit guys. Tak rugi pun!
-Pesanan untuk diri sendiri juga sebab saya sendiri masih banyak dosa yang melekat dalam hati. Allahu.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Sekian
#mogaAllahreda
-allissyahida-
No comments:
Post a Comment